jump to navigation

Habbatus Sauda’: Ubat segala penyakit kecuali… May 17, 2011

Posted by penawarsemulajadi in Habbatus Sauda'.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Habbatus Sauda’: Ubat segala penyakit kecuali…

 Hadis habbatus sauda

Sebagai pembukaan dalam perkongsi ilmu perubatan alternatif, kita ketengahkan ‘Raja Ubat’ yang dinamakan Habbatus Sauda’ sebagai ubat untuk, insya-Allah semua jenis penyakit, kecuali… MAUT.

Ini berdasarkan 14 Hadis Sahih tentang kehebatan dan kelebihan Habbatus Sauda’, di antaranya:

Dari Abu Salamah ra dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Gunakan habbatus sauda’ kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam penyakit kecuali As-Sam (maut)”.

“Sesungguhnya, Habbatus Sauda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam.” Saya bertanya: “Apakah as-sam itu? “Baginda menjawab: As-sam (maut) !”

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda : “Tetaplah kamu dengan habbatus sauda’  kerana sesungguhnya ia mengandung ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati.”

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda: “Pada al-Habbah al-Sauda’ terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Bukhari dan Ibnu Majah. Dan hadis ini tercantum dalam himpunan hadis-hadis sahih nombor 857.

 

Intro

Habbatus Sauda’ merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun seperti di Mesir dan di negara-negara Laut Tengah dan di sebahagian tempat di India.  Ia adalah sejenis rumput yang berwarna hitam dan bermusim yang tergolong dalam jenis Nigelle Lan Ramunculus.

Dikenali dalam bahasa Arab sebagai Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad dan Sinauj. Dalam bahasa Inggeris dipanggil Nigella, Fennel Flower, Onion Seed & black seed. Manakala, dalam bahasa Melayu digelar Jintan Hitam.

Terdapat banyak kajian yang dijalankan mengenai Habbatus Sauda’. Bagaimanapun, kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab. Mungkin oleh kerana itu, pendedahan kepada dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Kajian Perubatan Moden

Terdapat ramai pakar-pakar perubatan yang membuat kajian mengenai Habbatus Sauda’, di antaranya oleh:

1)       Dr. Peter Schleicher yang merupakan seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich, beliau mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sauda’ / black seed boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

2)       Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati Habbatus Sauda’ / black seed mengandungi betasitosterol – bahan anti kanser yang berkesan.

3)       The Journal of American Scientist melaporkan, Habbatus Sauda’ / black seed bermanfaat untuk perbagai penyakit kerana ia mengandungi Antihistamine (pencegah alahan), Antioxidant (pencegah kerosakan sel), Antibiotic (pembunuh kuman), Antimycotic (antikult) dan Bancho-Dilating Effect (pengembang) saluran pernafasan.

4)       Ibnu Qayyim al-Jawziyah menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad Al-Mi’ad Fi Huda Khairi Al-Ibad”. Beliau menyesorkan Habbatus Sauda’ / black seed dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, bagi menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Juga untuk memperlancarkan keluarnya kencing, darah haid, dan susu ibu. Bagi mereka yang lumpuh sebelah badan, maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbah Sauda’ ke atas anggota badan, insya-Allah akan sembuh dari lumpuh.

5)       Ibnu Qayyim juga di dalam bukunya “Medicine of the Prophet” menyatakan Habbatus Sauda’ berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

6)       Ibnu Sina dalam kitab besarnya: “Al-Qanun fi al-Tibb” menyatakan: Habbah Sauda’ dapat melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini ia juga bertindak seperti ‘BOM’ untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing, caranya ialah Habbah Sauda’ dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

7)       Ibnu Sina turut menyatakan di dalam bukunya “Canon of Medicine” bahawa Habbatus Sauda’ boleh merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

8)       Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa Habbatus Sauda’ / black seed bertindak untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

9)       Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda’ mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

 

Khasiat & Kegunaan Habbatus Suada’

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Tujuh khasiat utama Habbatus Sauda’:

Nilai pemakanan

Habbatus sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. polysaccharide – fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.

Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi badan (daya melawan penyakit). Oleh itu, ia adalah penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda’ mengandungi bahan yang menghalang Protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, Habbatus Sauda’ mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati Habbatus Sauda’ berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda’ didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda’ didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu, ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam Habbatus Sauda’ menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Edited from :
http://rajaubat.webs.com
http://infomenarikanda.blogspot.com

 

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: