jump to navigation

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera May 15, 2011

Posted by penawarsemulajadi in Am.
trackback

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

“Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan (pula) ubatnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Berpegang kepada Hadis Nabi Muhammad (S.A.W) di atas, percayalah bahawasanya semua penyakit pasti ada ubatnya, kecuali MATI.  Serta lain-lain ayat al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit, di antaranya:

a.            Surah AI-Isra’ ayat 82 – bermaksud:

‘Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.’

b.            Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:

Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ‘Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah’. Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

 c.             Hadis Rasulullah s.a.w. lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;

‘Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, ‘Ya’, ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya’ Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)

Oleh yang demikian, blog ini dinukilkan bagi berkongsi maklumat mengenai cara-cara dan ubat-ubatan alternatif bagi mengelak, membendung, mengawal dan Insya-Allah menyembuh semua penyakit-penyakit kronik masakini, termasuklah kanser, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya, selain dari bergantung kepada perubatan moden.

Justeru itu, kepada para pembaca yang budiman sekalian, jika ada sebarang ilmu, maklumat dan bahan rujukan berkaitan dengan ubatan dan rawatan alternatif bagi mengelak, merawat dan menyembuhkan sebarang penyakit kronik tersebut, silalah maklumkan kepada kami agar dapat kami warwarkan untuk dikongsi bersama oleh para pembaca sekalian

Moga niat suci dan usaha kita semua diberkati oleh-Nya dan mendapat ganjaran di Akhirat kelak. Amin.

“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak mamfaatnya bagi orang lain.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Wassalam

penawarsemulajadi@gmail.com

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: