jump to navigation

Habbatus Sauda’: Ubat segala penyakit kecuali… May 17, 2011

Posted by penawarsemulajadi in Habbatus Sauda'.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

Habbatus Sauda’: Ubat segala penyakit kecuali…

 Hadis habbatus sauda

Sebagai pembukaan dalam perkongsi ilmu perubatan alternatif, kita ketengahkan ‘Raja Ubat’ yang dinamakan Habbatus Sauda’ sebagai ubat untuk, insya-Allah semua jenis penyakit, kecuali… MAUT.

Ini berdasarkan 14 Hadis Sahih tentang kehebatan dan kelebihan Habbatus Sauda’, di antaranya:

Dari Abu Salamah ra dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Gunakan habbatus sauda’ kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam penyakit kecuali As-Sam (maut)”.

“Sesungguhnya, Habbatus Sauda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam.” Saya bertanya: “Apakah as-sam itu? “Baginda menjawab: As-sam (maut) !”

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda : “Tetaplah kamu dengan habbatus sauda’  kerana sesungguhnya ia mengandung ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati.”

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda: “Pada al-Habbah al-Sauda’ terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Bukhari dan Ibnu Majah. Dan hadis ini tercantum dalam himpunan hadis-hadis sahih nombor 857.

  (more…)

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera May 15, 2011

Posted by penawarsemulajadi in Am.
add a comment

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

“Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan (pula) ubatnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Berpegang kepada Hadis Nabi Muhammad (S.A.W) di atas, percayalah bahawasanya semua penyakit pasti ada ubatnya, kecuali MATI.  Serta lain-lain ayat al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit, di antaranya:

a.            Surah AI-Isra’ ayat 82 – bermaksud:

‘Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.’

b.            Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:

Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ‘Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah’. Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

 c.             Hadis Rasulullah s.a.w. lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;

‘Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, ‘Ya’, ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya’ Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih) (more…)